Sunday, January 20, 2013
Istighfar Qasidah
Assalamualaikum..
lepas solat isyak tadi salah sorang adiku ajak melakukan istighfar qasidah...
sesungguhnya aku masih belum betah bab agama...
apa yang ada cuma sekakang kera kalo nak dibandingkan dengan kalam Allah S.W.T yang infiniti..
tergerak hati kecil aku..
"Ish macam penah dengar istighfar qasidah tuh tapi awat aku xboleh nak ingat bacaan nya"..
terdiam aku kala adik-adik ku yang lain memulakanya..
setelah dimulakan barulah aku dapat cam bacaannya..
tapi disebabkan aku xlancar lafaznya..aku hanya mampu baca semampuku
di pertengahan bacaan tiba-tiba hati aku sebak..sayu xsemena-mena..dan aku hampir menitiskan air mata tapi aku gagahkan diri tahan kerna sudah memang perangai aku begitu..
jarang sekali ekspressi sebenar diri ini jadi tatapan khalayak ramai..
malah yang terdekat juga tidak pernah melihat aku sebegitu..
AKU dah tak mampu menahan perasaan aku lepas habis cepat2 aku balik ke bilik..
terus aku google qasidah itu..
aku pasangkan qasidah itu sambil menatap foto kedua ibubapaku.. foto mereka saja yang mampu jadi peneman aku di bumi asing ini...
semua susah payahku ..saat aku hampir jatuh hanya itu yang buat aku kuat
aku harus kuat kerana aku disini menggalas tanggungjawab seorang anak dan membawa harapan kedua orang tuaku yang telah banyak bekorban untuk aku dan saudaraku yang lain..
maaf aku xmampu nak teruskan entry kali ini..
Assalamualaikum..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment